Budak Nurse: Sebuah Perjalanan Bergelar Misi! #

0% of 100
RM 22.50 RM25.00 -10%
Kod Produk: #9789672458463
Status: In Stock
Berat: 0.195kg | 176 Mukasurat
Stok: 59 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Budak Nurse: Sebuah Perjalanan Bergelar Misi! 
ISBN: 9789672458463
Penerbit: Rimbunan Publishing House Sdn Bhd
Penulis: Muazdha, Farrah Ena,Qiran, Siti Nurul Qamarina & ramai lagi
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 176
Format: Softcover
Berat (kg): 0.195
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 1 cm 

SINOPSIS


Mereka memecah persepsi yang kebanyakan kita percaya. Ya, seperti ramai yang percaya bahawa bidang kejururawatan ini hanya untuk golongan perempuan. Bidang kejururawatan ini senang. Iyalah, apa susah, cuci najis pesakit dan ambil darah. Eh, betulkah? Mereka memasuki bidang ini dengan seribu satu sebab. Ada yang mulanya seakan-akan terpaksa, disuruh ibu bapa lalu akhirnya reda sahaja. Ada yang mulanya sekadar suka-suka, mengikut -ikut kawan, kononnya ‘you jump I jump’. Dan ada juga yang memang sudah dari mula mahu menjadi jururawat berbekalkan minat dan tekad. Namun satu persamaan antara semua, mereka jatuh cinta kepada bidang ini. Mungkin bukan cinta pandang pertama, tetapi masih cinta yang tumbuh saat mereka kenal apa itu dunia kejururawatan. Yang akhirnya membuat mereka bangga bergelar Budak Nurse.


Siapakah perlu baca buku ini?



Pelajar lepasan sekolah yang bercita-cita mahu menjadi nurse. Baca dulu, baru tahu.
Pelajar kejururawatan yang sedang mengikuti pengajian. Ya, ini kisah kalian.
Kita semua. Agar kita tahu ada apa di sebalik dunia mereka … Budak Nurse
Komen